Tuesday, July 31, 2018

Malayan Union

PENGENALAN

Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House selepas Perang Dunia II. Ianya telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka dibawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent. Pengistiharaan secara rasmi menggantikan pentadbiran tentera British (British Military Administration-BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945. Pelaksanaan Malayan Union ini telah ditentang hebat oleh majoriti orang Melayu. 

                                     Image result for pengenalan malayan union pada tahun 1946             

SEBAB- SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

- Kaedah Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu tidak disukai oleh     Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Beliau mengugut Raja-Raja Melayu bahawa mereka akan diturunkan takhta jika enggan menerima Malayan Union.
- Kebanyakan sultan tidak diberikan masa cukup untuk dengan Pembesar-Pembesar Negeri
- Terdapat sultan yang menandatangani perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British
- Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Raja-Raja Melayu akan menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa dan hanya membincangkan soal agama Islam dan adat resam Melayu. Raja Melayu juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
- Walaupun Raja Melayu masih membincangkan soal agama Islam, tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union, maka orang Melayu bimbang agama Islam tercabar.
- pemberian kerakyatan yang longgar secara jus soli kepada orang dagang dilihat akan mengancam hak istimewa orang Melayu, mengurangkan majoriti orang Melayu serta menjejaskan ekonomi dan politik orang Melayu
- Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan  Melayu Melaka.
- Penggubalan Malayan Union dibuat di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin Melayu.  


                                    Image result for pengenalan malayan union pada tahun 1946




TINDAKAN-TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION

- Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan bantahan secara berterusan.
- Orang Melayu telah mengadakan demonstasi secara damai semasa Sir Harold Mac Mivhael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
- Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union
- Persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn Ja'far menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan U.M.O sebagai benteng menentang Malayan Union.
- Kongres Melayu telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
- Kongres Melayu bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union
- Kongres Melayu kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan Malayan Union
- Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British
- Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen



                                               Image result for pengenalan malayan union pada tahun 1946

SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment